Wednesday 15 August 2012

Doa

Salam Ramadhan. dan selamat hari Raya.
Alhamdulillah selepas 3bulan operation cornual pregnancy, period i dah almost back to normal..
Tiada lg spotting yg berterusan dan sebagainya...

Hari ni i nk share doa-doa untuk mendapatkan zuriat. ye, sy tau ramai dah tau kan. Tp ape salahnye kite berkongsi.. dan ini pun i dapat dr intenet..*http://stayhealthy.my*.. minta izin share ye..

Zikir

Al Musawwir: Yang Maha Mencipta Segala rupa Bentuk
*Amalkan dengan ikhlas sebanyak mungkin oleh wanita yang tiada zuriat, Insya Allah
dikurniakan anak
Al-Wahhab – Yang Maha Pemberi dangan P emberian Yang Amat Besar
*Amalkan selalu dengan ikhlas Insya Allah dipermudahkan rezeki

Al-Awwal : Yang Maha Awal
*Amalkan dengan ikhlas sebanyak mungkin selama 40 kali Jumaat, Insya Allah
dikurnaiakan anak yang sangat dikehendakinya.
Al-Mubdi’u : Yang Maha Memulai
* Dibaca 56 kali ke atas perut wanita hamil, Insya Allah bayi akan selamat dan tidak gugur sehingga dilahirkan

Al-Mutakabbir : Yang maha Mengatasi Segala Kebesaran
* diamalkan oleh suami sebelum bersetubuh dengan hati ikhlas, Insya Allah akan dikurniakan anak yang soleh.





2) Amalkan surah Maryam. Cubalah baca sampai habis satu surah setiap hari.. *To be honest, mase i wat treatment ivf i xpernah tinggal, tp selepas operation hr tu i jd down dan semakin lalai utk mebaca.. :(.. insyaAllah lepas ni i akan cube bc setiap hari..

3) Amalkan solat sunat taubat & hajat.. Bile kite rajin amalkan solat sunat taubat, Allah akan murahkan rezeki kite, INSYAALLAH...Cube cr mase amalkan solat sunat dhuha... Ye, i tau kite bekerja.. I pun jrg dpt tunaikan solat sunat dhuha bile dah bekerja ni :(

Oklah, nant kite share lagi ye amalan-amalan lain.
Selamat Hari Raya to all TTCians...

p/s : Bukan senang nk hadapi sedara mara jiran tetangga bile waktu raya ni. lagi-lagi bile kuar soalan cepumas. InsyaAllah, sabarkan hati. Allah maha mengetahui. Masa kite akan tibe, cume Allah yg mengetahui bile mase yg terbaik utk kite... *tulis mmg senang, realiti? *


0 comments:

Post a Comment